Persiapan Menjelang Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim...

Bermaksud: "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." 





Setiap tahun, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang hari raya telah dirasai. Terdapat banyak pusat-pusat membeli-belah berlumba-lumba mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. 


Pelbagai persiapan menjelang hari raya telah dilakukan sejak awal-awal lagi bagi memeriahkan sambutan hari raya yang bakal tiba. Ada juga yang telah membuat persiapan menjelang hari raya sejak dari tahun sebelumnya. Yang pastinya, setiap hari raya pasti disambut meriah dan ceria!! 


Persiapan menjelang hari raya pada dasarnya adalah mengikut kemampuan dan keperluan sahaja. Kita digalakkan tidak melakukan pembaziran didalam membuat persiapan menjelang hari raya. 


'Baju raya' adalah pilihan utama dalam persiapan menjelang hari raya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi. 'Baju Melayu' adalah pakaian tradisi bagi kaum lelaki Melayu di Malaysia pada setiap hari raya. Manakala, bagi kaum wanita pula, kebiasaannya berbaju 'kurung' atau 'kebaya'


Persiapan menjelang hari raya juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis juadah dan kuih-muih. 'Ketupat' merupakan juadah istimewa pada hari tersebut. Nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas ini, biasanya dihidangkan bersama dengan rendang. Kebiasannnya, ketupat menjadi persiapan terakhir menjelang hari raya, iaitu di malam hari raya. Ada juga juadah istimewa lain yang turut disediakan termasuk lemang, lontong, dodol dan kuih-muih.


Sebelum menjelang hari raya, persiapan menjelang hari raya perlu dirancang dengan rapi dan teliti bagi mengelakkan sebarang kepincangan pada hari raya disambut. Segala urusan-urusan rasmi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kerana bank, sekolah dan beberapa premis kerajaan dan perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sepanjang musim perayaan. Fenomena 'balik kampung' juga perlu dirancang lebih awal dalam persiapan menjelang hari raya, bagi mengelakkan terkandas dalam perjalanan kerana jalan-jalan utama dan lebuhraya menjadi sesak akibat kebanjiran warga bandar yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga tersayang.

























0 comments:

Post a Comment

Blogger

Slideshow